
KUALA LUMPUR, 6 Disember 2022 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain telah menghadiri Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) Tentera Darat (TD) Tahun 2022 yang dihadiri seramai 350 PTTK termasuk mantan-mantan Sarjan Mejar Rejimen TD di Dewan Perkasa Wisma Perwira Angkata Tentera Malaysia.
PTD dalam ucapannya menegaskan, MMR PTTK TD ini merupakan tradisi yang telah menjadi amalan dan sebuah platform yang dapat memupuk semangat kebersamaan yang menjadi elemen penting dalam pembentukan sebuah angkatan pertahanan yang teguh dan bersatu. Hanya dengan kesatuan yang jitu, peranan kita sebagai benteng utama pertahanan negara dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan berkesan.
Turut hadir ke acara adalah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki bin Muhammad, Ketua Staf Markas Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi dan Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Darat.