
Kunjungan Hormat ini adalah bersempena dengan lawatan rasmi PTD ke Arab Saudi, ia bertujuan untuk mengukuhkan hubungan bilateral di antara Tentera Darat Malaysia dan Saudi Arabia Land Forces.
Turut hadir adalah Mejar Jeneral Rashidin Hashimi bin Ab Rashid, Panglima 3 Divisyen dan Kol Mohamad Noorlizam bin Shamsuddin, Penasihat Pertahanan MALAWAKIL Arab Saudi.