
SUNGAI BESI, 22 November 2022 – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain meluangkan masa untuk menghadiri Hari Pengajian Pegawai Markas Tentera Darat (MK TD) bertempat di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi pada hari ini.
Seramai 70 Pegawai Kanan telah hadir ke acara ini. Pensyarah jemputan iaitu Prof. Dr. Sufian bin Jusoh, Senior Fellow, Institute of Malaysia and International Studies (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia telah menyampaikan ceramah bertajuk “Perkembangan Ekonomi Malaysia dan Antarabangsa”.
Hari Pengajian Pegawai merupakan satu medium meningkatkan ilmu pengetahuan para Pegawai Tentera Darat dalam menjalankan tugas sebagai penggerak utama dalam organisasi.
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh PTD kepada Prof. Dr. Sufian bin Jusoh sebagai tanda penghargaan.