WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PTDPRU2
15 November 2022 – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain telah melawat ke beberapa Pusat Pengundian Awal di Kem-Kem Tentera Darat sempena Pengundian Awal Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU 15) yang melibatkan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dan pasangan hari ini.
 
Sejurus selepas PTD selesai melakukan pembuangan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Tun Hussein Onn (DTHO), Kem KEMENTAH, beliau telah meluangkan masa untuk berkunjung ke beberapa Pusat Pengundian Awal di Kem Terendak Melaka, Kem Mahkota Kluang, Johor, Kem Rejimen Ke-34 Artileri Diraja (34 RAD), Bera, Pahang dan Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.
 
Turut mengiringi PTD adalah Asisten Ketua Staf Perisikan Markas Tentera Darat, Brigedier Jeneral Faridhulathroth bin Haji Hashim.