WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PTD BARIS MKTD 22KUALA LUMPUR, 10 November 2022 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain telah hadir menyempurnakan Perbarisan Markas Tentera Darat di Padang Kawad, Kem KEMENTAH.
 
Perbarisan terdiri daripada 380 pegawai dan 520 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Bahagian, Cawangan dan Jabatan Arah di Markas Tentera Darat (BCJ MK TD) yang diketuai oleh Kol Adnan bin Ajis daripada pasukan 99 Rejimen Semboyan Peperangan Siber (99 RSPS).
 
Dalam perbarisan ini turut diadakan Upacara Pemakaian Pangkat, Majlis Penyerahan Kotak Rezeki dan Penyampaian Sumbangan Komputer Riba.
 
PTD dalam ucapannya mengucapkan syabas dan taniah kepada tujuh anggota yang telah dipakaikan pangkat. PTD juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) atas sumbangan komputer riba untuk anggota dan anak-anak anggota di MK TD yang cemerlang dalam pendidikan. Serta Syarikat Bousted Holdings Berhad telah menyumbangkan keperluan barangan asas bagi meringankan kos sara hidup warga tentera darat.
 
Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15, bagi memudahkan anggota dan pasangan untuk mengundi, MK TD telah menyelaraskan pergerakkan warga Tentera Darat ke pusat mengundi masing-masing termasuk ke Sabah dan Sarawak. PTD turut menyeru agar semua melaksanakan tanggungjawab mengundi sebagai rakyat Malaysia.
 
Turut hadir adalah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman, Ketua Staf MK TD, Leftenan Jeneral Dato' Mohd Sofi bin Md Lepi dan Pegawai-Pegawai Kanan MK TD.
 
Aktiviti perbarisan seumpama ini sejajar dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu “Keutuhan Organisasi” yang menekankan aspek memperkasakan kesatuan dan perpaduan dalam kalangan warga Tentera Darat Malaysia.
 
PTD BARIS MKTD 22 2