WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
AARM 2022
HANOI, 6 November 2022 – Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohamad bin Ab Rahman telah menghadiri pembukaan rasmi bagi ASEAN Armies Rifle Meet (AARM) Ke-30 Tahun 2020 di National Military Training Centre-4, Hanoi, Vietnam. Pembukaan rasmi ini turut dihadiri oleh semua Timbalan Panglima Tentera Darat negara-negara ASEAN dan setaraf yang telah disempurnakan oleh Lieutenant General Nguyen Van Nghia, Deputy Chief of General Staff Vietnam People’s Army (VPA).
 
Pertandingan menembak ini melibatkan semua kontinjen daripada Tentera Darat negara-negara ASEAN yang terdiri daripada Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Malaysia. AARM ke-30 ini dianjurkan oleh Vietnam People’s Army (VPA) yang merangkumi lima acara iaitu Acara Raifal, Acara Carbine, Acara MGKA, Acara Pistol Lelaki dan Acara Pistol Wanita yang akan berlangsung bermula 3 hingga 12 November 2022.
 
Acara pembukaan AARM ini dimulakan dengan perarakan masuk bendera kejohanan dan kontinjen-kontinjen yang menyertai AARM ke-30. Upacara rasmi menaikkan bendera kejohanan AARM adalah sebagai tanda simbolik kebersamaan semua kontinjen negara-negara ASEAN yang terlibat. Upacara pembukaan turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan daripada Kumpulan Kebudayaan Vietnam People’s Army (VPA) diikuti Acara Menembak Pistol Novelti melibatkan semua Timbalan Panglima Tentera Darat negara-negara ASEAN. AARM pada kali ini yang bertemakan “ASEAN Armies Cohesively Collaborate for Peace”.
 
Sebagai tanda simbolik pembukaan rasmi AARM Ke-30 ini, semua Timbalan Panglima Tentera Darat negara-negara ASEAN telah menyempurnakan upacara menanam pokok di laman AARM National Military Training Centre ini. Turut hadir adalah Penasihat Ketenteraan Malaysia di Vietnam iaitu Kolonel Ahmad Jais bin Tasliman dan kontinjen Tim Menembak Tentera Darat (TMTD).
 
Penyertaan rasmi ke AARM Ke-30 ini mendokong Tonggak Keempat Perintah Ulung PTD ke-28, “Pengukuhan Hubungan Pertahanan” melalui kerjasama pertahanan semua Tentera Darat negara-negara ASEAN dalam menjayakan acara tahunan AARM bagi tujuan memperkukuhkan hubungan kerjasama serantau.