WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
UKMHKTD 2022
 
KUALA LUMPUR , 7 November 2022 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain telah menyempurnakan Upacara Penutup Pertandingan Ujian Kemahiran Merentas Halangan dan Kawad Peringkat Tentera Darat (UKMHK TD) 2022 bertempat di Lapang Sasar B, Kem Perdana Sungai Besi, hari ini.
 
UKMHK TD merupakan sukan ketenteraan yang dilaksanakan secara dwi-tahunan yang terdiri daripada dua disiplin iaitu Kawad Kaki dan Merentas Halangan dan telah dilaksanakan bermula pada 27 Oktober 2022 hingga 7 November 2022.
 
Penyertaan edisi 2022 ini terdiri daripada 11 Formasi melibatkan Trup TD, Markas Pemerintahan dan Markas Formasi meliputi pecahan Kategori Tempur, Bantuan Tempur, Bantuan Khidmat dan Kategori Wanita dengan kekuatan keseluruhannya seramai 1,230 peserta.
 
Terdahulu, PTD telah berkesempatan menyempurnakan pelepasan disiplin Merentas Halangan pasukan 5 Div bagi Kategori Tempur dan melihat sendiri pelaksanaan acara tersebut.
Acara disiplin Kawad Kaki telah berjaya diungguli Trup TD 1 apabila dinobatkan selaku johan bagi Kategori Tempur, Kategori Bantuan Tempur dan Kategori Bantuan Khidmat. Manakala, Johan Kategori Wanita pula dimenangi oleh Trup Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat.
 
Seterusnya, bagi Disiplin Merentas Halangan, Johan Kategori Tempur dimenangi oleh 4 Divisyen, Johan Kategori Bantuan Tempur dimenangi oleh Trup TD 1, dan Johan Kategori Bantuan Khidmat dimenangi oleh Trup TD 2.
Lt Muhammad Afiq Najwan bin Abdul Halim dari Tim Bantuan Tempur Trup TD 1 (1 RAD PARA) berjaya dinobatkan sebagai Ketua Platun Terbaik. Manakala bagi Penolong Ketua Platun Terbaik Kategori Lelaki disandang oleh SSjn Mazlan bin Masmudi dari Tim Tempur Trup TD 2 (Rej 22 KDO). Lt Siti Nur Zulaikha binti Baharom dari Trup TD 1 (10 RAJD PARA) dinobatkan sebagai Ketua Platun Terbaik Kategori Wanita. Manakala Penolong Ketua Platun Terbaik Kategori Wanita dimenangi oleh SSjn Jenifer binti Bantusong dari Trup Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (PULNORD).
 
Johan Keseluruhan Pertandingan UKMHK TD 2022 adalah mengikut Kategori yang dipertandingkan dan membawa pulang Piala Pusingan. Johan bagi Kategori Tempur dimenangi oleh 4 Divisyen, Johan bagi Kategori Bantuan Tempur dimenangi oleh Trup TD 1, Johan bagi Kategori Bantuan Khidmat dimenangi oleh Trup TD 2, dan Johan bagi Kategori Wanita dimenangi oleh Pemerintahan dan Latihan Doktrin Tentera Darat.
Setelah mendominasi UKMHK TD kali ini, Trup TD 1 berjaya dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan UKMHK TD 2022.
 
PTD dalam ucapan penutup menyatakan rasa bangga dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua peserta dan penganjur UKMHK TD 2022. Sesungguhnya tujuan pertandingan ini tidak lainnya adalah untuk menguji tahap ketahanan mental dan fizikal sewaktu melaksanakan latihan dalam kumpulan dan paling utama membolehkan kesiagaan ketumbukan TD berada pada tahap yang
terbaik
 
.
Sesungguhnya penganjuran sukan ketenteraan sebegini amat sejajar dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Keutuhan Organisasi dengan melaksanakan latihan intensif berterusan untuk mempertingkatkan tahap kompetensi setiap pegawai dan anggota Tentera Darat.
 
Turut hadir adalah Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki bin Muhammad, Ketua Staf Markas Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi, Panglima-Panglima Formasi, dan Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Darat.