WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PTDPJM2022
 
NEGERI SEMBILAN, 6 November 2022 – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain telah menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 473 orang penerima Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Peringkat Negeri Sembilan di Auditorium Sebatang Karah, Kem Segenting, Port Dickson.
 
Penganugerahan PJM yang telah diwujudkan sejak 3 Mac 2004 sehingga kini adalah merupakan pengiktirafan kepada veteran ATM khasnya dan anggota tentera amnya di atas sifat keperwiraan, keberanian, pengorbanan dan kesetiaan dalam menyumbang kepada kebebasan Malaysia daripada ancaman pengganas Komunis.
 
Selain itu, penganugerahan ini diberikan kepada anggota atau bekas anggota tentera yang telah berkhidmat atau terlibat dalam operasi secara berterusan selama 3 bulan dan ke atas sama ada telah bertugas secara langsung tidak kurang dari 6 bulan di mana-mana pasukan atau formasi ATM bagi tempoh dari 1 Januari 1969 hingga 2 Disember 1990 dalam operasi menentang Parti Komunis Malaya (PKM), Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) serta terbunuh, cedera atau menjadi kurang upaya disebabkan oleh tugas menentang Pengganas Komunis ini.
 
Pelaksanaan majlis pada hari ini merupakan majlis yang kelima diadakan dalam fasa pandemik Covid-19 dan sehingga kini terdapat 32,440 warga Veteran ATM telah menerima PJM manakala bagi veteran yang layak dan belum lagi dianugerahkan akan dijadualkan penganugerahannya pada masa akan datang.
 
PTD dalam ucapannya berkata, keamanan dan keharmonian yang dinikmati oleh generasi hari ini tidak akan dapat dicapai tanpa perjuagan mereka serta perwira-perwira negara terdahulu.
 
PTD juga berharap para veteran yang masih berupaya dapat mencurahkan khidmat bakti atas kapasiti masing-masing untuk terus memberi tunjuk ajar, nasihat dan pendoman kepada generasi muda.
 
Turut hadir adalah Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki bin Muhammad, Ketua Staf Markas Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Zambery Jefry bin Haji Darus dan Pegawai-pegawai Kanan Tentera Darat serta wakil Persatuan-persatuan Veteran ATM sekitar Negeri Sembilan.
 
Penganugerahan sebegini sejajar dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Pelestarian Kesejahteraan Warga” yang memberikan pengiktirafan di atas kecemerlangan khidmat bakti.