WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
MESYUARATWANITATD
KUALA LUMPUR, 28 Oktober 2022 – Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Tentera Darat (JKHEWTD) Ke-46 telah diadakan di Wisma Transit Kuala Lumpur hari ini. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Mejar Jeneral Azhan bin Haji Md Othman yang juga merupakan Penasihat kepada JKHEWTD.
 
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pengerusi JKHEWTD, Leftenan Kolonel Maslina binti Abu Said, Timbalan Pengerusi JKHEWTD, Kolonel Rozalina binti Omar serta barisan Exco JKHEWTD serta wakil-wakil kor, rejimen dan formasi.
 
Mesyuarat turut membincangkan perkara-perkara semasa berkaitan rejimental dan dasar-dasar wanita TD serta pelaksanaan aktiviti wanita TD dan isu-isu semasa berkaitan wanita TD.
Pelaksanaan mesyuarat ini bertepatan dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Keutuhan Organisasi” yang menekankan kepada aspek mempraktikkan sistem tadbir urus yang telus dan teratur.