WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PTDIRINGIMENHAN
PERAK, 25 Oktober 2022 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain hari ini mengiringi Menteri Kanan Pertahanan, Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein ke Batalion Ke-4 Rejimen Askar Melayu Diraja (4 RAMD), Tapah.
 
Lawatan Menteri Kanan Pertahanan ke 4 RAMD atau lebih dikenali sebagai Gurkha Malaya ini merupakan salah satu sesi beramah mesra selain berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada adik Muhammad Asyraf Danish anak kepada SSjn Mohd Faizol bin Jaafar (Autisme), Adik Harraz Umar Abdullah anak kepada Sjn Abdullah Tauhid bin Adood (Talasemia), Adik Muhammad Danish Lutfi anak kepada Sjn Muhammad Sulaiman bin Hussin (Autisme), Adik Nuralya Imani Tasneem anak kepada Sjn Al-Rashid bin Samsudin (Kegagalan Buah Pinggang Kanan), Adik Wan Muhammad Faris Hafiz anak kepada Kpl Wan Abdul Mutallib bin Wan Jusoh (Jantung Berlubang), dan Adik Siti Nor Khadijah anak kepada Kpl Muhamad Fidaus bin Zulkifli (Jantung Berlubang).
 
Sebelum mengakhiri sesi lawatan, Menteri Kanan Pertahanan turut berkesempatan bertemu dan memberikan kata-kata semangat kepada para pemain yang berjaya ke perlawanan akhir Pertandingan Futsal antara Kompeni di Gelanggang Futsal 4 RAMD.
 
Turut mengiringi Menteri Kanan Pertahanan adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato' Sri Muez bin Abd Aziz, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizzuddeain bin Jantan, Panglima Divisyen Keempat Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Dato' Haji Ya'cob bin Haji Samiran serta Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Darat.
 
Pelaksanaan lawatan sebegini seiring dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu "Pelestarian Kesejahteraan Warga" yang terus menitikberatkan keperluan kebajikan dan kesejahteraan anggota.