WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
TIMMENEMBAKTD
KUALA LUMPUR, 25 Oktober 2022 – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera Tentera Darat Malaysia (TDM) kepada Ketua Kontinjen Tim Menembak Tentera Darat (TMTD), Leftenan Kolonel Norazlan bin Abu di Bilik Mesyuarat Markas Tentera Darat, Wisma Pertahanan hari ini.
 
Pertandingan Asean Armies Rifle Meet (AARM) 2022 akan berlangsung pada 3 hingga 12 November 2022 di Hanoi, Vietnam akan diwakili oleh 6 pegawai dan 36 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Tim Menembak Tentera Darat.
Penyerahan bendera ini adalah sebagai satu simbolik menandakan tim tersebut akan mewakili negara dan juga sebagai pembakar semangat kepada para peserta.
 
Sejurus selepas majlis satu Sesi Taklimat AARM 2022 kepada PTD telah diadakan sebagai pemakluman mengenai keanggotaan Tim Menembak Tentera Darat dan juga bagi memberi gambaran kepada PTD mengenai perjalanan pertandingan di Vietnam itu nanti.
 
 
Turut hadir adalah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman, Ketua Staf Markas Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi, Panglima Briged Kesepuluh Infantri Malaysia (PARA), Brigedier Jeneral Khairul Azmizal bin Ahmad Natal serta beberapa lagi Pegawai Kanan Markas Tentera Darat.
Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD Ke-28 jelas diperkasakan dalam pelaksanaan aktivti seperti ini dengan menekankan aspek menambahbaik profesionalisme serta profisiensi taktikal dan teknikal anggota TDM.