WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
PERTUKARANPANJI1
 
KUALA LUMPUR, 17 Oktober 2022 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah selaku Kolonel Yang DiPertua RAMD telah berkenan bercemar duli menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji Rejimen Batalion Ke-2, Batalion Ke-10, Batalion Ke-12 (Mekanize), dan Batalion Ke-14 (Mekanize) Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dengan diiringi Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi hari ini.
 
Perbarisan istiadat yang bersejarah ini melibatkan seramai 28 pegawai dan 313 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang diketuai oleh Pegawai Memerintah 2 RAMD, Leftenan Kolonel Mohd Suhadi bin Sapar, Pegawai Memerintah 10 RAMD, Leftenan Kolonel Muhammad Ikhwan bin Hussin, Pegawai Memerintah 12 RAMD (Mekanize), Leftenan Kolonel Mohd Azamri bin Abdullah dan Pegawai Memerintah 14 RAMD (Mekanize), Leftenan Kolonel Mohd Merican bin Haji Yunus turut diiringi oleh Pancaragam Pusat RAMD.
 
KDYMM Sultan Kedah juga berkenan bercemar duli menyempurnakan upacara menepung tawar Panji-Panji sebagai simbolik pentauliahan Panji-Panji baharu diikuti penyematan selempang Panji-Panji kepada Pegawai Panji-Panji dan lafaz ikrar oleh Ketua Perbarisan dan dipersembahkan Watikah Ikrar kepada Kolonel Yang DiPertua RAMD.
 
Panji-Panji Rejimen yang baharu kemudiannya diarak serta turut diperkenalkan sebagai satu tradisi bagi memastikan setiap pegawai dan anggota mengenali Panji-Panji keagungan Rejimen. Pertukaran Panji-Panji Rejimen ini dilakukan sekiranya berlaku kerosakan ataupun telah lusuh.
 
Kolonel Yang DiPertua RAMD dalam titahnya menzahirkan matlamat penganugerahan Panji-Panji adalah sebagai pengurniaan tertinggi bagi menghargai perkhidmatan dan kesetiaan yang dimanifestasikan oleh anggota Tentera Darat Malaysia kepada Raja dan negara. Baginda turut bertitah, genggamlah dan kotakanlah kata-kata azimat "Biar Bertabur Peluru di Dada, Namun Undur Pantang Sekali".
 
Turut hadir menyerikan acara perbarisan adalah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad bin Ab Rahman, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenen Jeneral Datuk Mardzuki bin Muhammad, Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia selaku Pengerusi RAMD, Mejar Jeneral Dato’ Haji Muhammad Huzaimi bin Sabri serta Pegawai-Pegawai Kanan, barisan pegawai serta anggota RAMD.