WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
KLUANG, 9 Oktober 2022 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan diiringi Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain telah hadir ke Penutup Karnival Tentera Darat Tahun 2022 pada 9 Oktober 2022 bertempat di Stadium Mini Taman Sri Lambak, Kluang, Johor.
 
Seramai lebih 50,000 pengunjung membanjiri Karnival Tentera kali ini yang telah berlangsung selama 3 hari. Objektif utama penganjuran adalah bertujuan meningkatkan hubungan baik Tentera Darat dengan masyarakat awam terutama di sekitar Johor dalam pada masa yang sama memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai tugas dan peranan Tentera Darat. Selain itu mempamerkan kepelbagaian aset serta kepakaran yang ada dalam Tentera Darat.
 
Rata-rata pengunjung yang hadir terdiri daripada pelbagai latar belakang menyatakan keterujaan dan sangat kagum apabila dapat merasai pengalaman bersama-sama aset-aset Tentera Darat selain berpeluang melihat pelbagai demonstrasi kepakaran Tentera Darat seperti Demonstrasi Anjing Perang, Tempur Tanpa Senjata, Payung Terjun dan Aksi Tim Akrobatik Army Red Warrrior.
 
Kemuncak Majlis Penutup Karnival ini adalah YB Menteri Kanan Pertahanan menyampaikan 3 Hadiah Utama Cabutan Bertuah berupa Motosikal. Terdahulu Menteri Kanan Pertahanan dalam ucapannya berkata, pelaksanaan karnival ini tidak hanya tentang semangat kekeluargaan, acara ini sebenarnya melambangkan lebih daripada itu. Ia mencerminkan betapa eratnya hubungan pasukan keselamatan dengan masyarakat awam dan membuktikan betapa tentera dan rakyat berpisah tiada!
 
Beliau turut menyatakan pameran dan acara dalam beberapa hari ini salah satu pendekatan penting dan mesti diteruskan di mana dapat dilihat keakraban antara rakyat dan Tentera Darat terjalin di sini.
Turut hadir ke majlis penutup adalah Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YB Dato'Seri Muez bin Abd Aziz; Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan.