WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PTD PINGAT SWK2SARAWAK, 8 Oktober 2022 – Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud telah berkenan mengurniakan Darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) kepada Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain di Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah, Kebesaran, Bintang dan Pingat Sarawak Sempena Hari Ulang Tahun TYT yang Ke-86 .
 
Seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM) mengucapkan sekalung tahniah kepada PTD di atas pengurniaan Darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) tersebut yang membawa gelaran Dato Sri. Sesungguhnya, pengurniaan ini menunjukkan pengiktirafan oleh Kerajaan Negeri Sarawak di atas kecemerlangan dan khidmat sumbangan bakti tampuk kepimpinan TDM.
 
Pengurniaan ini juga adalah sejajar dan seiring dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung PTD Ke–28 iaitu, “Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam”, yang memberikan penumpuan kepada aspek pembentukan hubungan dan pengiktirafan rakyat kepada TDM.