WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
HUBUNGAN TENTERA DARAT DAN TNI-AD TERUS DIPERKASA
 
JAKARTA, 30 September 2022 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada Kepala Staf Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (KASAD TNI-AD), Jeneral Dudung Abdurachman.
 
Kunjungan Hormat yang diadakan ini bertujuan untuk membincangkan mengenai hubungan bilateral dan memperkukuhkan hubungan antara dua Angkatan Darat Malaysia-Indonesia.
Kerjasama ketenteraan ini terus mendukung Tonggak Keempat Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu "Pengukuhan Perhubungan Pertahanan" di mana TDM akan terus memanfaatkan kerjasama pertahanan dengan negara-negara sahabat untuk memperkasakan komitmen melindungi kepentingan negara.
 
Turut hadir mengiringi PTD adalah Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan, Mejar Jeneral Ahmad bin Abu Bakar.