WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
ProgramInsaniTERENGGANU, 26 September 2022 : Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain telah menyempurnakan Perasmian Pembukaan Program Dinamik Insani Tentera Darat Siri 3 Tahun 2022 bertempat di Darul Iman Training Centre (DITC), Kemaman.
 
Program Dinamik Insani Tentera Darat adalah program yang berkonsepkan motivasi berkumpulan bertujuan memupuk dan menanam sikap bertanggungjawab serta amanah di kalangan anggota dalam aspek pelaksanaan tugas sebagai seorang anggota tentera yang kredibel dan mampu menghadapi cabaran semasa yang semakin kompleks.
 
Seramai 40 anggota terlibat dalam program yang diadakan selama 5 hari bermula 26 hingga 30 September 2022 ini dibawah kelolaan Cawangan Perisikan dan Cawangan Sumber Manusia (CSM) Markas Tentera Darat dan turut dibantu 9 fasilitator daripada Sel Kaunseling MkTD.
 
Program ini kembali diadakan setelah dihentikan seketika berikutan penularan wabak COVID-19 yang melanda negara pada awal tahun 2020 yang lalu.
 
Panglima Tentera Darat dalam ucapannya menyeru agar semua peserta mengambil peluang dan ruang melalui program ini untuk meningkatkan potensi diri terutama dalam mengekalkan keseimbangan kualiti hidup seiring dengan keperluan kerjaya dan keluarga.
 
Bertepatan dengan tema Hari Tentera Darat Ke-89, "Kesejahteraan Keluarga TD diutamakan, Kedaulatan Negara Terjamin", program ini juga merupakan satu mekanisme dinamik yang diwujudkan bagi mengekalkan kesiagaan dan kebajikan anggota sejajar dengan Plan Tindakan di bawah Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu "Pelestarian Kesejahteraan Warga".
 
Turut hadir ke perasmian ini adalah Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Hafizuddeain bin Jantan, Asisten Ketua Staf Perisikan, Mejar Jeneral Datuk Hamzah bin Haji Ali, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Mejar Jeneral Azhan bin Haji Md Othman, Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Dato’ Haji Muhammad Huzaimi bin Sabri, Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral Dato' Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Panglima Logistik Tentera Darat, Mejar Jeneral Dato’ Haji Abdul Aziz bin Samsi @ Haji Shamsudin, Panglima 21 Grup Gerak Khas, Mejar Jeneral Nubli bin Haji Hashim dan Pegawai-Pegawai Kanan TD.