WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
 
HariATM89KUANTAN, 26 September 2022 - Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain diiringi isteri, Puan Sri Datin Seri Zainuriah binti Haji Mustapha hadir menyaksikan Perbarisan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-89 yang diadakan di Pangkalan Udara (PU) Kuantan hari ini.
 
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM selaku pegawai penerima tabik hormat juga disertai isteri, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Datuk Hajah Tengku Muhaini binti Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah. Perbarisan berkonsepkan statik tempur merangkumi lapan detasmen gabungan daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan dan segmen demonstrasi yang mempamerkan kuasa udara bersama Pasukan Khas ATM.
 
Perbarisan ini melibatkan seramai 796 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Ahmad Amir bin Shahidan TUDM. Manakala Penolong Ketua Perbarisan ialah Mejar Muhammad Faizal bin Idris dan Ajutan Perbarisan ialah Leftenan Muhammad Haritz bin Muhammad Ridzuan TLDM dengan diiringi oleh Pancaragam Pusat ATM di bawah pimpinan Kapten Sabri bin Hamil TUDM.
 
Acara perbarisan turut menyaksikan Panglima 21 Grup Gerak Khas, Mejar Jeneral Nubli bin Haji Hashim yang mewakili Tentera Darat Malaysia dianugerahkan dengan Anugerah Kesiagaan Panglima Angkatan Tentera yang merupakan Anugerah Tertinggi di dalam ATM yang diberikan kepada formasi terbaik bagi ketiga-tiga perkhidmatan. Ianya diikuti dengan penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara serta penyampaian Anugerah Sijil Kepujian Panglima Angkatan Tentera kepada kakitangan awam yang berkhidmat di bawah ATM dan Anugerah Inovasi ATM.
 
Turut hadir menyaksikan perbarisan ini adalah Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany dan isteri, Puan Sri Dato’ Indera Maslina binti Ismail, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM dan isteri, Puan Sri Datin Sri Bibi Nasrat Jahan binti Gulab Khan, barisan Pegawai-Pegawai Kanan serta warga ATM dan Penasihat Pertahanan Asing di Kuala Lumpur.