WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain hadir mengiringi Menteri Kanan Pertahanan, Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein ke Lawatan Delegasi Pertahanan Malaysia ke Kementerian Pertahanan United Arab Emirates (UAE) di Abu Dhabi pada 19 Sep 22.
 
Ketibaan Delegasi Pertahanan Malaysia di Kementerian Pertahanan Kerajaan UAE telah disambut oleh Menteri Pertahanan UAE, H.E. Mohammed Ahmed Al Bowardi. Menteri Kanan Pertahanan Malaysia juga diberi penghormatan memeriksa kawalan kehormatan yang diberikan oleh Angkatan Bersenjata UAE.
 
Delegasi Pertahanan Malaysia turut disertai Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM, dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz.
 
Hubungan pertahanan yang terjalin ini meliputi aspek latihan ketenteraan dua hala baharu terutama di antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Darat UAE.