WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
KODLencanaPTDKUALA LUMPUR, 15 September 2022 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain diberi penghormatan dengan pemakaian Lencana Kehormat Kejuruteraan Peluru dan Bahan Letupan oleh Pengerusi Kor Ordnans Diraja, Mejar Jeneral Mohd Tamam bin Jamioon di Padang Kawad Kem Batu Kentonmen pada petang ini.
 
Lencana Kehormat tersebut sebelum ini turut dianugerahkan kepada KDYMM Al-Watiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah selaku Kol Yang Dipertua KOD. Selain itu DYTM Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Watiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan YTM Tengku Muhammad Muaz Ibni Al-Watiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin turut dianugerahkan Lencana Kehormat yang sama.
 
Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain turut berkesempatan merasmikan Mesin Cetak dan Mercu Tanda Percetakan di Cawangan Perkhidmatan Percetakan 91 Depot Pusat Kor Ordnans Diraja (91 DPO).
 
Perasmian ini melibatkan 7 jenis mesin baharu antaranya Mesin Cetak Versafire EV (VRF), Komputer Pengatur Huruf Imac Linotype, Mesin Cetak Risograph Com Color FT 5430, Mesin Jahit Royaltech RTSW 310, Mesin UV Coating Royaltech TRUV 660EX, Mesin Jilid DUPLO-150 Bookletmaker dan Mesin Cetak LDP Raptor 2 P3 HUV Printer.
 
Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain juga berkesempatan beramah mesra bersama pegawai dan anggota Cawangan Perkhidmatan Percetakan di 91 DPO.
 
Seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain atas pemakaian lencana kehormat tersebut.
Penerimaan aset-aset baharu ini adalah selari dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu "Kelangsungan Misi dan Kesiagaan" yang menumpukan kepada keutamaan aset sesuai dengan keperluan kapasiti dan keupayaan siaga.