WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
Merdeka65KUALA LUMPUR, 31 Ogos 2022 - Lautan rakyat Malaysia mula membanjiri kawasan Dataran Merdeka seawal jam 2 pagi. Sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 yang disambut dalam skala besar pada tahun ini disambut dengan begitu meriah di Dataran Merdeka oleh Keluarga Malaysia. Walaupun berbeza fahaman agama, bangsa dan budaya, jelas terpancar semangat perpaduan dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia pada hari ini kerana walaupun dalam keadaan bersesak-sesak, semua tetap setia menanti bagi menyaksikan acara perarakan.
 
Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong turut bercemar duli hadir ke Dataran Merdeka pada hari ini bagi menyaksikan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-65.
 
Antara keunikan yang ditonjolkan pada Sambutan Hari Kebangsaan pada kali ini ialah buat julung kalinya Keluarga Malaysia menyaksikan keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menaiki Kereta Kuda Diraja (Royal Carriage) bermula dari Bank Negara ke Pentas Diraja di Dataran Merdeka.
 
Penganjuran kali ini melibatkan perarakan komuniti besar Keluarga Malaysia seperti komuniti Orang Asli, cef-cef terkenal dari Persatuan Jurumasak Malaysia, selebriti terkenal tanah air, para atlet negara yang telah memenangi pingat di temasya sukan antarabangsa dan juga petugas barisan hadapan ketika negara kita memerangi pandemik COVID-19.
 
Sudah semestinya tidak ketinggalan, yang paling ditunggu oleh para hadirin yang hadir pada hari ini ialah kontijen dari Angkatan Tentera Malaysia yang mempamerkan kehebatan bukan saja dari segi keanggotaannya, malah perbarisan pada hari ini turut melibatkan aset-aset tempur dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan dengan konsep baharu yang diketengahkan merangkumi elemen tempur, bantuan tempur dan bantuan khidmat.
 
Sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 pada tahun ini melibatkan lebih 20,000 peserta, 76 ekor haiwan dalam perkhidmatan, 369 aset Darat dan 68 aset udara dari pelbagai ajensi dengan anggaran kehadiran Keluarga Malaysia di kawasan sekitar Dataran Merdeka melebihi 100,000 orang.
 
Turut hadir ke acara bersejarah adalah Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dan isteri, Datin Sri Muhaini binti Zainal Abidin, Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein dan isteri, Yang Mulia Datin Seri Tengku Marsilla binti Tengku Abdullah, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Datuk Seri Haji Affendi bin Buang TUDM dan isteri, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Datuk Hajjah Tengku Muhaini binti Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain dan isteri, Puan Sri Datin Seri Zainuriah binti Haji Mustapha, Panglima-panglima Perkhidmatan serta Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan yang lain.
 
Tonggak Kelima Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam” jelas diperkasakan dengan kerjasama erat pihak Tentera Darat Malaysia dengan agensi yang lain bagi memastikan perjalanan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 ini berjalan dengan lancar.