WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PTDMersingMERSING, 28 Ogos 2022 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain telah mengadakan lawatan ke Kem Iskandar yang merupakan salah satu lokasi di bawah program Kesejahteraan Warga TD.
 
Sejurus tiba di lokasi, Tan Sri PTD telah menyampaikan sumbangan kepada warga 21 GGK yang menghadapi masalah kesihatan di Dewan Skuadron Perahu Khas (SPK).
 
Koperal Khairul Anwar bin Abd Rahman mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika sedang melakukan latihan teknik penerjunan Free Style menggunakan tali dari atas menara serbaguna pada 21 Nov 12. Beliau mengalami patah tulang belakang (L1), patah tulang tumit kaki kiri dan kanan serta cedera pada ligament siku tangan.
 
Penerima sumbangan kedua ialah Puan Norida binti Mat Nasir, isteri kepada Sarjan Muhammad Hafizal bin Ismail yang menghidapi menghidap penyakit Breast Cancer (Tahap 3) sejak 7 Dis 21 yang lalu.
 
Manakala penerima terakhir merupakan veteran 1 Rejimen Gerak Khas Malaysia, Sarjan Karim bin Tohkachil (Bersara) yang cedera di bahagian kaki kanan akibat terpijak jerangkap samar yang dipasang pihak musuh ketika operasi mencari dan menjejak pengganas komunis di kawasan operasi.
 
Tan Sri PTD turut berkesempatan membuat tinjauan ke Tapak Projek Kolam Selam Tempur yang akan digunakan oleh warga 21 GGK bagi perlaksanaan latihan.
 
Acara lawatan diakhiri dengan majlis ramah mesra bersama warga Kem Iskandar di Dewan Jenalik.
Turut mengiringi lawatan adalah Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Mejar Jeneral Azhan bin Haji Md Othman, Panglima 21 GGK, Mejar Jeneral Nubli bin Hj Hashim, Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan, Brigedier Jeneral Ahmad bin Abu Bakar dan para pegawai kanan 21 GGK.
 
Lawatan ini adalah sejajar Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD iaitu "Pelestarian Kesejahteraan Warga" yang memberi penekanan terhadap memperlengkapkan keperluan kebajikan, kesejahteraan warga dan keluarga Tentera Darat.