
Mejar Jeneral Dato’ Hj Ya’cob Hj Samiran, Panglima 4 Div telah memberi taklimat mengenai pelaksanaan dan urutan pergerakan mengikut segmen yang telah ditetapkan.
Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini, Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia terus gagah membawa nama Angkatan Tentera Malaysia menjanjikan satu persembahan menarik untuk diperagakan pada tanggal 31 Ogos 2022 nanti.
Turut hadir adalah Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Hafizuddeain bin Jantan, Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Mejar Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Haji Ahmad, Panglima 12 Briged, Brigedier Jeneral Sani bin S Omar dan Panglima 11 Briged, Brigedier Jeneral Haji Fazal bin Haji Abdul Rahman serta Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Darat.