WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PTDLubnanYARZE, 22 Ogos 2022 - Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain, Panglima Tentera Darat telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas General Joseph Aoun, Lebanese Armed Forces (LAF) Commander in Chief sebelum mengakhiri siri Lawatan Kerja Rasmi ke Kontinjen MALBATT 850-9 di Lubnan.
 
Ketibaan Tan Sri PTD bersama delegasi disambut mesra dan Tan Sri PTD diberi penghormatan untuk membuat pemeriksaan Kawalan Kehormat daripada anggota LAF di perkarangan bangunan pejabat LAF Commander in Chief.
 
Sesi kunjungan ini mengukuhkan lagi hubungan baik kedua-dua angkatan dan negara terutama melalui penglibatan dan kecemerlangan MALBATT 850-9 di sana.
 
Tan Sri PTD berkesempatan menyampaikan cendera kenangan kepada General Joseph Aoun di akhir pertemuan.
Sesungguhnya pertemuan sebegini merupakan sejajar dengan Tonggak Keempat Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu "Pengukuhan Hubungan Pertahanan" yang memberi penekanan kepada kerjasama dua hala serantau dan luar negara.