WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
MELAKA, 18 Ogos 2022 – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Projek Senggaraan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Garison Terendak di RKAT Desa Tun Razak, Sungai Udang, Melaka hari ini.
 
Turut hadir menyaksikan majlis pada hari ini ialah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Hafizuddeain bin Jantan, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki bin Muhammad, Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen), Mejar Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim dan barisan pegawai kanan TDM.
 
Markas Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) 3 Divisyen telah melaksanakan projek senggaraan fasa 1 RKAT Desa Tun Razak bermula 14 Febuari 2022 yang lalu dan telah siap sepenuhnya pada 23 Mei 2022. Sebanyak 200 buah unit di bawah RKAT Garison Terendak diselenggara dalam 4 fasa dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2022. Taklimat mengenai projek ini telah disampaikan oleh Komander Rejimen Jurutera 3 Divisyen, Kolonel Mohd Hanapiah bin Harun.
 
Usaha ini dilaksanakan bagi membaik pulih kerosakan sekaligus memberikan keselesaan kepada penghuni yang terdiri dari anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dan kakitangan awam yang bertugas di Kem Terendak. Projek senggaraan yang melibatkan 1 pegawai dan 140 anggota LLP ini telah menelan belanja sebanyak RM 2.5 juta.
 
Usaha ini bertepatan dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28, “Pelestarian Kesejahteraan Warga” yang menekankan aspek peningkatan kemudahan RKAT dan kediaman yang selesa dan selamat.