WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
MELAKA, 18 Ogos 2022 – Ujian Kemahiran Menembak Tentera Darat (UKMTD) Tahun 2022 yang diadakan sejak 12 Ogos 2022 yang lalu secara rasminya telah melabuhkan tirainya pada hari ini. Majlis penutup telah disempurnakan Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zamrose bin Mohd Zain di Lapang Sasar Kem Terendak, Melaka sejurus selepas selesai Acara Novelti Jatuh Piring Pistol dan Rifle yang melibatkan tim pegawai-pegawai kanan Tentera Darat Malaysia (TDM), serta jemputan TLDM, TUDM dan juga APMM.
 
Persaingan sengit di antara tim pegawai-pegawai kanan ini membuktikan para pemimpin kita sentiasa mempersiapkan diri dengan menguasai teknik menembak dan ini wajar dijadikan contoh oleh setiap lapisan warga TDM khususnya.
 
Pertandingan UKMTD kali ini turut melibatkan acara Menembak Lorong Hutan, Pistol, Raifal lelaki dan Wanita, Jatuh Piring, Tim Mesingan Kegunaan Am, Tim Mesingan Ringan dan Serangan Seksyen.
 
Pasukan Tentera Darat (TD) 1 yang diwakili oleh 10 Briged (Para) telah muncul sebagai juara keseluruhan UKMTD yang melibatkan 11 formasi di dalam TDM. Kategori Unit Besar dimenangi oleh 21 Grup Gerak Khas (21 GGK) manakala johan Unit Kecil dan antara formasi dijuarai oleh 10 Briged (Para). Jaguh acara menembak pada kali ini telah disandang oleh Sarjan Mohd Fiqrie bin Mohd Disa dari 10 Briged (Para).
 
Turut hadir memeriahkan UKMTD edisi kali ini adalah Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM, Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman bin Haji Ayob, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki bin Muhammad, Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) selaku tuan rumah, Mejar Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim dan barisan pegawai kanan TDM.
Pelaksanaan Pertandingan UKM TD ini bertepatan dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu "Keutuhan Organisasi" yang menekankan aspek memantapkan kompetensi warga dengan pengetahuan dan kemahiran ketenteraan.