WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
MELAKA - Acara Pembukaan Pertandingan Ujian Kemahiran Menembak Tentera Darat (UKM TD) telah berlangsung di Tapak 400 meter, Lapangsasar Kem Terendak pada 12 Ogos 22.
 
Perbarisan yang melibatkan 12 kontijen terdiri daripada 13 Pegawai dan 360 LLP diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja, Lt Kol Mohd Azrul bin Rabudin.
 
UKMTD merupakan pertandingan menembak tahunan yang melibatkan 11 formasi di dalam Tentera Darat Malaysia (TDM). Ianya bertujuan untuk menilai kemampuan dan tahap kemahiran pengendalian senjata bagi pasukan yang mewakili setiap formasi yang bertanding. Selain itu, acara ini juga merupakan medan terbaik untuk TDM melahirkan bakat- bakat baru untuk diketengahkan ke pertandingan menembak peringkat antarabangsa.
 
Acara Pembukaan UKMTD 2022 telah disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman dengan diiringi oleh Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan di Dataran Lapangsasar 400 Meter, Kem Terendak, Melaka.
Turut hadir Panglima-panglima formasi serta Pegawai-pegawai Kanan TDM.
 
Pelaksanaan Pertandingan UKM TD ini bertepatan dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu "Keutuhan Organisasi" yang menekankan aspek memantapkan kompetensi warga dengan pengetahuan dan kemahiran ketenteraan.
 
-Divisyen Ketiga Infantri Malaysia-
 
LI
Lihat Galeri Gambar Disini