WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
๐Œ๐€๐๐ˆ๐…๐„๐’๐“๐€๐’๐ˆ ๐‡๐”๐๐”๐๐†๐€๐ ๐Š๐„๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐ƒ๐ˆ๐๐„๐‘๐“๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Ž๐‹๐„๐‡ ๐†๐€๐๐”๐๐†๐€๐ ๐๐„๐๐†๐†๐„๐Œ๐๐”๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ (๐๐€๐‘๐€) ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐Ž๐’๐“๐‘๐€๐ƒ ๐Œ๐„๐‹๐€๐‹๐”๐ˆ ๐„๐Š๐’๐„๐’๐€๐ˆ๐’ ๐‹๐ˆ๐๐”๐ƒ ๐Œ๐€๐‹๐ˆ๐๐ƒ๐Ž ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ
 
MELAKA, 8 Ogos 2022 โ€“ Panglima 10 Briged (Para), Brigedier Jeneral Khairul Azmizal Bin Ahmad Natal dan rakan sejawatannya Panglima Divisi Infanteri 3 KOSTRAD, Mayor Jenderal TNI Dwi Darmadi telah menyempurnakan Penutup Eksesais LINUD MALINDO 2022 bertempat di Dataran PARAWOOD, Batalion Ke-8 Rejimen Renjer DiRaja (Para).
 
Eks LINUD MALINDO 2022 merupakan salah satu daripada siri latihan bilateral di antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan Tentara Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI-AD) yang dirancang dan dilaksanakan secara penggiliran pada setiap tahun melibatkan dua ketumbukan utama iaitu 10 Briged (Para) dan Komando Cadangan Strategis Angkatan Darat (KOSTRAD). Pada tahun ini, Batalion Ke-17 Rejimen Askar Melayu DiRaja (Para) dan Yonif Para Rider 432 telah diberi kepercayaan dalam menjayakan latihan bermula 1 Ogos 2022 sehingga 10 Ogos 2022 yang lepas.
 
Fokus latihan yang direncanakan meliputi Latihan Silang (Cross Training Exercise), ๐˜—๐˜ข๐˜ณ๐˜ข ๐˜Ž๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜›๐˜ณ๐˜ข๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ (PGT) serta Aturgerak ๐˜™๐˜ข๐˜ฑ๐˜ช๐˜ฅ ๐˜‹๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜บ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต ๐˜๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ค๐˜ฆ (RDF) secara Operasi Lintas Udara, perlaksanaan RAID dalam misi Menawan Titik Penting (Critical Point) di belakang garisan musuh bagi menyediakan keperluan kritikal gerakan ofensif ketumbukan induk menumpaskan musuh dan seterusnya penarikan keluar (Extraction) bagi melaksanakan operasi seterusnya. Kawasan eks meliputi sekitar kawasan Kem Terendak, Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) serta Latihan Medan di kawasan am Pasir Puteh, Kelantan.
 
Objektif pelaksanaan adalah untuk meningkatkan sinergi kedua-dua angkatan darat dalam melaksanakan Operasi Lintas Udara (Airborne Operations) serta bertukar pengalaman dan kepakaran di antara angkatan darat kedua-dua negara. Dikesempatan yang sama, pendekatan kepada kesatuan hubungan profesional dan tahap ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฃ๐˜ช๐˜ญ๐˜ช๐˜ต๐˜บ di antara TDM dan TNI-AD dalam mengukuhkan hubungan ketenteraan kedua negara.
 
Panglima 10 Briged (Para) dalam ucapannya, โ€œEks LINUD MALINDO ini merupakan satu menifestasi kepada hubungan yang kukuh dan akrab diantara TDM dan TNI-AD yang telah terjalin sejak sekian lama dan diterjemahkan melalui pelaksanaan eks yang diterajui oleh 10 Briged (Para) dan KOSTRAD". Semoga hubungan ketenteraan ini dapat kita pertingkatkan pada masa hadapan untuk kepentingan bersama selain mengekalkan hubungan yang baik diantara dua ketumbukan angkatan iniโ€.
 
Majlis diakhiri dengan Penganugerahan Sayap Penerjunan kepada semua pegawai dan anggota 10 Briged (Para) dan TNI-AD yang terlibat telah disempurnakan oleh Panglima 10 Briged (Para) dan Panglima Divisi Infanteri 3 KOSTRAD.
 
- MK 10 Bgd (Para)