WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
PTPERDANA2KUALA LUMPUR, 4 Ogos 2022 - Seramai 567 orang warga Markas Tentera Darat (MKTD) yang terdiri daripada 195 pegawai dan 372 anggota lain-lain pangkat telah menyertai Latihan Jasmani MKTD di Padang Bola Sepak Kem Kementah.
 
Latihan pagi ini disempurnakan oleh Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja, Brigedier Jeneral Abdul Aziz bin Abu Hassan.
 
Pelaksanaan latihan sebegini dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga MKTD selain dapat meningkatkan kecerdasan minda dari aspek moral, spiritual, emosi, jasmani dan mental.
 
Bertepatan dengan Tonggak Kedua dan Ketiga Perintah Ulung PTD, "Memperkasakan Keutuhan Organisasi" dan "Pelestarian Kesejahteraan Warga" yang memberi penekanan terhadap pengukuhan kesepaduan angkatan dan penekanan terhadap aspek kesihatan fizikal dan rohani warga TD.