WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
PTDUKMTD2SUNGAI BESI, 2 Ogos 2022 - Latihan Menembak Raifal dan Pistol Pegawai Kanan Markas Tentera Darat telah diadakan di Lapang Sasar A 400M, Kem Perdana Sungai Besi hari ini.
 
Latihan ini diadakan khusus sebagai persediaan bagi Acara Novelti Pegawai Kanan Markas TD Sempena Pertandingan Ujian Kemahiran Menembak Tentera Darat (UKMTD) yang akan diadakan bermula 12 hingga 18 Ogos 2022.
 
Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain yang turut sama turun padang menjalani sesi latihan pada petang ini telah membakar semangat para pegawai kanan yang lain untuk memberikan saingan yang sengit antara satu sama lain.
 
Pelaksanaan latihan ini adalah bertepatan dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Keutuhan Organisasi” yang menekankan aspek memantapkan kompetensi warga dengan pengetahuan dan kemahiran ketenteraan.