WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PTDDInnerTalkMP
 
KUALA LUMPUR, 24 Julai 2022 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain telah menyempurnakan Majlis ‘Dinner Talk’ Panglima Tentera Darat Bersama Pegawai-Pegawai Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) bertempat di Wisma Perwira Kor KPTD, Kem Genting Klang semalam.
 
Seramai 139 pegawai KPTD telah menghadiri majlis tersebut yang diadakan bertujuan memperolehi nasihat dan panduan daripada Tan Sri PTD dalam usaha untuk membawa KPTD ke arah kecemerlangan di masa hadapan.
 
Program 'Dinner Talk' ini dimulai dengan persembahan pencak silat dan taekwondo oleh atlet pencak silat dan taekwondo TDM yang telah berjaya menjuarai pertandingan antara perkhidmatan pada tahun ini. Seterusnya, Tan Sri PTD diperkenalkan kepada semua barisan atlet dengan diiringi oleh Pengerusi KPTD, Brigedier Jeneral Dato’ Mislan bin Hj Anuar.
 
Acara diteruskan dengan sesi ‘Dinner Talk’, Tan Sri PTD telah berkongsi dan mengupas isu kepimpinan pegawai Tentera Darat Malaysia (TDM) amnya dan Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) khususnya dan turut memaklumkan pada masa ini, TDM meneruskan usaha-usaha kepimpinan yang terdahulu iaitu melaksanakan pembangunan menyeluruh meliputi meningkatkan kesiagaan dan keupayaan berasaskan kepada konsep 3 Prinsip dan 5 Tonggak seperti terkandung dalam perintah ulung beliau.
 
Tan Sri PTD dalam ucapannya juga berpesan kepada warga KPTD supaya terus memupuk rasa kekitaan (sense of belonging) dengan menerapkan semangat ‘espirit-de-corp’ di samping melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan terkini dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan berkesan. Tambah Tan Sri PTD lagi, antara cabaran-cabaran yang perlu ditempuhi adalah ketidakstabilan geopolitik dan sosial yang mana berpotensi menimbulkan isu-isu sosial yang hangat dan mensia-siakan segala usaha tampuk pimpinan TDM yang telah memberi keutamaan kepada aspek kebajikan dalam kalangan warga TDM.
 
Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman, Ketua Staf Markas Tentera Darat, Mejar Jeneral Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi, Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan, Mejar Jeneral Rashidin Hashimi bin Ab Rashid, Asisten Ketua Staf Cawangan Sumber Manusia, Mejar Jeneral Azhan bin Hj Md Othman serta pegawai-pegawai kanan KPTD yang lain.
 
Pelaksanaan majlis sebegini adalah selari dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Keutuhan Organisasi”, yang menitikberatkan kepada urusan pentadbiran dalam memastikan kecemerlangan organisasi.