WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
PTDANUGERAHTHAIBANGKOK - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain melakar sejarah apabila beliau telah menerima Anugerah Pencapaian Tertinggi National Defence College of Thailand.
 
Anugerah ini telah disampaikan oleh Commanding General National Defense Studies Institute, General Siravuth Wongkantee, di satu majlis khas, Highest Achievement National Defence College Award, yang diadakan di Auditorium National Defence College of Thailand pada 21 Julai 2022.
 
National Defence College yang ditubuhkan pada tahun 1955, telah mula menerima penuntut antarabangsa sejak tahun 2003, dan Tan Sri PTD merupakan penerima pertama bagi anugerah tertinggi ini.
 
Penganugerahan ini diberikan kepada Tan Sri PTD yang merupakan Alumni Kelas 51 kerana telah berjaya mencapai tahap tertinggi dalam perkhidmatan apabila dilantik sebagai Panglima Tentera Darat Malaysia Ke-28.
 
Pencapaian kerjaya Tan Sri PTD ini telah menjadi kebanggaan kepada warga National Defence College Thailand dan menjadi inspirasi kepada mereka.
 
Kecemerlangan Tan Sri PTD ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama yang sangat baik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Royal Thai Armed Forces (RTAF).
 
Seluruh warga TDM turut berbangga atas penganugerahan ini dan mengucapkan tahniah kepada Panglima Tentera Darat atas kecemerlangan dan pengiktirafan tertinggi ini.