WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
PTDLAWATTHAI1BANGKOK, 20 Julai 2022 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain mengadakan kunjungan hormat kepada Commander-in-Chief Royal Thai Army (RTA), General Narongpan Jittkaewtae.
 
Kunjungan hormat tersebut adalah sempena Lawatan Rasmi Panglima Tentera Darat ke Thailand yang berlangsung selama lima hari bermula daripada 20 hingga 24 Julai 2022. Ia bertujuan mengukuhkan lagi hubungan diplomasi pertahanan diantara Malaysia dan Thailand.
 
Ketibaan Tan Sri PTD di Royal Thai Army Headquaters (RTA HQ) disambut oleh Commander-in-Chief RTA yang dimulakan dengan pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama.
 
Seterusnya, ia disusuli dengan acara lawatan ke Royal Thai Army Museum serta diakihiri dengan Kunjungan Hormat Tan Sri PTD kepada Commander-in-Chief RTA di pejabat beliau.
 
Turut hadir adalah Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan, Mejar Jeneral Malek Razak bin Sulaiman, Asisten Ketua Staf Perisikan, Mejar Jeneral Datuk Hamzah bin Haji Ali, Penasihat Pertahanan Malaysia ke Thailand, Brigedier Jeneral Samsul Rizal bin Musa, Pengarah Sekretariat Tentera Darat, Kolonel Burhan bin Sagoni dan Penolong Penasihat Pertahanan Malaysia ke Thailand, Mejar Syaffiza bin Haji Abdul Razak.
 
Hubungan diplomatik ketenteraan yang melibatkan kerjasama dua hala ini adalah sejajar dengan Tonggak Keempat Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu 'Pengukuhan Hubungan Pertahanan' yang dapat memperkukuhkan kerjasama pertahanan dengan negara-negara sahabat.
 
 
Lihat Galeri Gambar Disini