WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
BluePrintPerumahanMINDEF
 
KUALA LUMPUR, 13 Julai 22 – Aspek kebajikan khususnya melibatkan isu kediaman warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus diberikan tumpuan oleh pemimpin negara. Buktinya hari ini diadakan Majlis Pelancaran Blueprint Perumahan 3.0 Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) yang diadakan di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM yang mana turut dihadiri oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain.
 
Majlis yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob ini adalah kesinambungan daripada Blueprint Perumahan Pertama yang dilancarkan pada tahun 2017 dan disusuli dengan Blueprint 2.0 yang dilancarkan pada tahun 2019.
 
Blueprint Perumahan 3.0 ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pertahanan dalam memastikan kebajikan warga KEMENTAH terjaga dan terpelihara. Blueprint Perumahan 3.0 ini merupakan dokumen berkaitan perancangan pembangunan perumahan terbaharu yang disediakan oleh KEMENTAH dalam menepati hasrat untuk mengadaptasi semangat “Keluarga Malaysia” yang mempunyai tiga teras utama iaitu Keterangkuman (Inclusivity), Kebersamaan (Common Ground) dan Kesyukuran (Contentment) yang inklusif.
 
Antara empat program utama yang dilaksanakan di bawah Blueprint Perumahan 3.0 adalah Pembangunan Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera Malaysia (RKMAT), penyelenggaraan dan naik taraf, Program Pemilikan Rumah Mampu Milik dan Program Inisiatif Perumahan Veteran ATM.
 
Program ‘Satu Anggota Satu Rumah’ (SASaR) yang berkeluasan 23.11 ekar ini telah dibangunkan oleh Syarikat Pembinaan Serta
Hebat Sdn. Bhd. Sebanyak 3,500 unit rumah melibatkan lima blok pangsapuri bakal dimanfaatkan oleh warga ATM, veteran ATM dan warga awam KEMENTAH. Selain itu juga terdapat 14 unit kedai di Kompleks SASaR ini yang bakal dimanfaatkan oleh usahawan veteran ATM.
 
Turut hadir ke majlis ini adalah Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato’ Sri Mohd Shafiq bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz, para pegawai kanan setiap perkhidmatan serta warga kerja Kementerian Pertahanan.
 
Tan Sri PTD selaku Pemangku PAT turut berkesempatan menyampaikan plak cenderahati dari ATM kepada YAB Perdana Menteri Malaysia sebagai tanda penghargaan kepada beliau yang pernah menerajui Kementerian Pertahanan sebagai Menteri Kanan Pertahanan sebelum ini.
 
Majlis sebegini adalah bertepatan dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Pelestarian Kesejahteraan Warga”, yang memfokuskan kepada aspek kebajikan warganya. Semoga segala perancangan dan pelaksanaan pembangunan perumahan ini dipermudahkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala demi menjamin kebajikan dan keselesaan agar boleh dinikmati oleh warga ATM amnya dan warga Tentera Darat Malaysia khasnya.