WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
BantuanBanjirBalingKEDAH, 12 Julai 2022 – Bencana banjir dan kejadian kepala air yang melanda kawasan Baling, Kedah baru-baru ini turut menjejaskan beberapa rumah kediaman anggota Tentera Darat Malaysia.
Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain telah berkesempatan meninjau dari udara kawasan yang dilanda malapetaka tersebut serta pembinaan jambatan yang dipasang hasil kerjasama Rejimen Askar Jurutera Diraja dan Jabatan Kerja Raya di Sungai Kupang, Kampung Iboi, Baling.
 
Sejurus mendarat di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai bagi Lawatan Kerja ke Markas Taktikal Op MURNI Kawasan Tanggungjawab (KTJ) Briged Keenam Infantri Malaysia, YBhg Tan Sri telah menyampaikan sumbangan kepada anggota Batalion Ketiga Rejimen Sempadan iaitu Pegawai Waren II Mohd Fauzi bin Mat Hassan, Koperal Mohd Salman Sakhri bin Sulleiman dan Koperal Hazazi bin Hassan yang terkesan akibat bencana tersebut.
 
Tan Sri PTD juga turut menyampaikan sumbangan kepada pegawai memerintah dan pegawai pemerintah yang mewakili anggota-anggota mereka yang turut terjejas di dalam bencana berkenaan.
Turut mengiringi Tan Sri PTD adalah Ketua Staf Markas Tentera Darat, Mejar Jeneral Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi, Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Dato’ Haji Muhammad Huzaimi bin Sabri, Panglima Briged Keenam Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Mohd Akib bin Haji Yusof serta Panglima Briged Ke-30 Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Mohd Zaki bin Abu.
 
Keutamaan terhadap aspek kebajikan ini selari dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu, “Pelestarian Kesejahteraan Warga” yang menekankan aspek memperlengkapkan keperluan kebajikan warga dan keluarga.