WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
KUALA LUMPUR, 2 Julai 2022 - Majlis Makan Malam Meraikan Pasangan Pengantin Baharu Tentera Darat Tahun 2022 yang diadakan di Dewan Dato' Jamil Ahmad, Kem Perdana Sungai Besi telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain yang hadir bersama isteri, Puan Sri Datin Seri Zainuriah binti Haji Mustapha.
 
Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan kerjasama Bank Muamalat meraikan 27 pasangan pengantin baharu warga TDM termasuk lapan pasangan yang baru diijab kabulkan dalam Majlis Akad Nikah Peringkat Tentera Darat di Masjid Thoriq bin Ziyad, Kem Perdana Sungai Besi awal pagi hari ini.
 
Tan Sri PTD dalam ucapannya menzahirkan penghargaan terima kasih kepada ahli keluarga pasangan pengantin baharu kerana sudi hadir ke majlis yang julung kalinya diadakan dalam sejarah TDM ini dan turut berpesan kepada pengantin baharu agar sentiasa bertolak ansur dan tabah menghadapi ujian alam perkahwinan kelak.
 
Majlis ini diadakan dengan tujuan membantu meringankan beban warga TDM selain merupakan salah satu program sambutan Hari Tentera Darat Ke-89.
 
Turut hadir ke majlis ini adalah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman dan isteri, Datin Seri Ramlah binti Dawi, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan dan isteri, Datin Hartiah binti Hamzah, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki bin Muhammad dan isteri, Datin Sdafra’ binti Haji Ahmad, para pegawai kanan dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari sekitar Lembah Klang serta tidak ketinggalan ahli keluarga pasangan-pasangan yang diraikan.
 
Majlis yang dilaksanakan ini sejajar dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu, “Pelestarian Kesejahteraan Warga” yang menekankan aspek memperlengkapkan keperluan kebajikan demi kesejahteraan warga dan keluarga.