WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
KUALA LUMPUR, 1 Julai 2022 – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain selaku Penaung Karnival Sukan Antara Perkhidmatan 2022 hadir ke Majlis Penutup yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara (PTU), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM selaku Yang DiPertua Majlis Sukan Angkatan Tentera (MSAT) di Dewan Wardieburn, Kem Wardieburn, Kuala Lumpur.
 
Karnival Sukan Antara Perkhidmatan Siri 2 Tahun 2022 ini mempertandingkan 3 acara sukan iaitu Boling Padang, Tenis dan Tinju yang telah bermula pada 28 Jun yang lalu.
 
Majlis dimulakan dengan perlawananan akhir Tinju Kategori Fly Weight antara Kpl Kenny Daglish ak Pangkas dari TDM menentang wakil TUDM, LUK Mohamad Shahrin.
 
Perlawanan tersebut dimenangi oleh LUK Mohamad Shahrin TUDM yang turut terpilih sebagai petinju harapan manakala LKpl Mohamad Zulkhailane bin Mohd Nor dari TDM terpilih sebagai petinju
terbaik. Tentera Darat sekali lagi mengulangi kejuaran 2019 apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi Kejohanan Tinju Antara Perkhidmatan 2022.
 
Majlis turut disusuli dengan penyampaian hadiah bagi sukan Tenis dan Boling Padang. Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dinobatkan juara Tenis manakala Tentera Darat berjaya melakar kejutan dengan menjuarai acara Boling Padang pada tahun ini.
 
Tentera Darat juga mengungguli karnival sukan kali ini setelah menjuarai 2 daripada 3 acara sukan yang dipertandingkan.
 
Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM dalam ucapannya menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian atlet-atlet ATM yang telah berjaya mewakili negara dengan menyumbang pingat di Sukan SEA dan menyeru agar kecemerlangan ini diteruskan demi memartabatkan nama ATM.
 
Turut hadir ke majlis ini adalah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Ketua Pengarah Hidrografi, Pusat Hidrografi Nasional mewakili Panglima Tentera Laut, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan, Panglima Logistik Tentera Darat merangkap pengerusi penganjuran bagi acara ini, Mejar Jeneral Dato’ Haji Abdul Aziz bin Samsi @ Haji Shamsudin, pegawai-pegawai kanan, para pegawai dan anggota daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan yang terlibat.
 
Penganjuran acara seperti ini adalah sejajar dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu, “Keutuhan Organisasi” yang memfokuskan kepada aspek memantapkan kompentensi warga TDM.