WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
KUALA LUMPUR: Pengerusi Tinju ATM, Brigedier Jeneral Adi Ridzwan bin Abdullah telah merasmikan Acara Pembukaan Kejohanan Sukan Tinju Antara Perkhidmatan ATM Tahun 2022 bertempat di Dewan Wardieburn, Kem Wardieburn.
 
Kejohanan ini diadakan semula setelah kali terakhir diadakan pada tahun 2019 akibat pandemik Covid-19 melanda bermula tahun 2020.
 
Kejohanan anjuran Tentera Darat ini bermula pada 28 Jun hingga 1 Julai 2022 dan sebanyak 12 kategori dipertandingkan iaitu kategori Light Fly Weight hingga kategori Heavy Weight melibatkan 2 petinju bagi setiap kategori.
 
Dalam ucapan pembukaan, Pengerusi Tinju ATM mengingatkan bahawa objektif utama kejohanan tinju pada kali ini adalah bagi melahirkan petinju-petinju yang berpotensi untuk diangkat ke peringkat yang lebih tinggi agar berkeupayaan untuk bersaing dengan petinju-petinju dari luar organisasi ATM.
 
Kejohanan seperti ini merupakan salah satu pemangkin untuk membentuk warga ATM yang berdaya saing di samping dapat mengeratkan hubungan di antara perkhidmatan.
 
Kejohanan ini juga dilaksanakan seiring dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD ke-28 iaitu “Pelestarian Kesejahteraan Warga”.