WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
GEMAS, 21 Jun 2022 - YAM Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah bercemar duli ke Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2022 di Lapang Sasar Gemas, Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan hari ini.
 
Acara tahunan ini turut diserikan dengan kehadiran oleh Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein dengan diiringi Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain.
 
Acara ini telah melibatkan seramai 2300 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang meliputi pelbagai kepakaran bersama sejumlah 644 pelbagai jenis kenderaan tempur, kenderaan sokongan dan sistem persenjataan seperti PT 91M PENDEKAR, AV8 Gempita, AV 4 Lipan Bara, ACV 300 Adnan, Malaysian Infantry Fighting Vehicle (MIFV), Astros II, Meriam 155 MM G5 MKIII, Anti-Tank Guided Missile (ATGM) dan BAKTAR SHIKAN. Aset terbaharu Tentera Darat Malaysia iaitu helikopter tempur ringan MD 530G daripada Pasukan Udara Tentera Darat dan meriam 105mm LG daripada Rejimen Artileri Diraja turut dipertontonkan.
 
LKT 2022 merupakan satu platform terbaik memperagakan keberkesanan dan kesiagaan sistem persenjataan Angkatan Tentera Malaysia. Latihan ini mempamerkan atur gerak serta keupayaan ‘combat team’ dalam kerangka operasi ketumbukan 3 Divisyen yang turut melibatkan aset-aset Infantri, Mekanize, Armor, Artileri, Pasukan Udara Tentera Darat malah turut melibatkan pesawat udara Tentera Laut Diraja Malaysia serta Tentera Udara Diraja Malaysia.
 
Turut hadir menyaksikan acara adalah Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz, panglima-panglima perkhidmatan serta penuntut Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia dari Maktab Turus Angkatan Tentera.
 
Pelaksanaan latihan ini adalah selari dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 “Kelansungan Misi dan Kesiagaan” yang menekankqn aspek meningkatkan keupayaan kuasa tembakan berpandukan penjajaran pada aset sedia ada.