WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
Bersara2KUALA LUMPUR, 17 Mei 2022 - Majlis Penghargaan Sempena Persaraan Pegawai Kanan Tentera Darat telah berlangsung dengan penuh kemeriahan di Wisma Perwira Tentera Darat pada hari ini.
Majlis yang meraikan seramai 20 orang pegawai kanan berpangkat Kolonel dan Leftenan Kolonel yang telah menamatkan perkhidmatan berakhir Jun 2022 ini telah disempurnakan oleh Ketua Staf Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Haji Subari bin Haji Tomo.
 
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah-Pengarah Kor bagi pegawai kanan yang diraikan. Majlis ini turut diserikan dengan persembahan Band D’Explosion dari Jabatan Arah Rejimen Askar Jurutera Diraja.
 
Dalam ucapan Ketua Staf Tentera Darat, beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pegawai kanan yang diraikan di atas segala usaha, pengorbanan dan sumbangan yang telah dicurahkan dalam memperkasakan serta memartabatkan Tentera Darat. Ini juga adalah sebagai memori dan penghargaan terakhir bagi para pegawai kanan ini dalam perkhidmatan.
 
Para pegawai kanan yang diraikan turut mendendangkan beberapa buah lagu bagi menghangatkan lagi suasana majlis. Majlis diteruskan dengan penyampaian plaka, sijil dan cendera kenangan. Majlis menutup tirai dengan dendangan lagu perpisahan dari semua tetamu jemputan bersama-sama Band D’Explosion. Semoga majlis ini akan menjadi kenangan indah buat pegawai-pegawai kanan yang diraikan pada hari ini.
 
Tentera Darat Malaysia mengucapkan Selamat Bersara dan Selamat Maju Jaya kepada semua Pegawai Kanan yang diraikan dan ucapan sekalung penghargaan di atas segala keringat yang telah dicurahkan selama ini.
 
Penganjuran majlis seumpama ini adalah selari dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28, “Pelestarian Kesejahteraan Warga” yang menekankan aspek memberikan pengiktirafan di atas kecemerlangan khidmat bakti.
 
 
 
 Bersara1