WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
KUALA LUMPUR, 6 Jun 2022 - Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi tahun 2022, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan mengurniakan darjah kebesaran kepada 45 penerima pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran di Balairung Seri Istana Negara, hari ini.
 
Antara penerima darjah kebesaran adalah dua pucuk pimpinan Tentera Darat Malaysia yang dikurniakan dengan Pingat Panglima Jasa Negara (PJN) iaitu, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman dan Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki bin Muhammad dan penyandang darjah kebesaran ini membawa gelaran “Datuk”.
 
Dalam istiadat yang sama, Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran “Tun” turut dikurniakan kepada mantan Panglima Angkatan Tentera Ke-9 dan mantan Panglima Tentera Darat Ke-10, Jeneral Tun Mohamed Hashim bin Mohd Ali (Bersara).
 
Panglima Tentera Darat dan seluruh warga Tentera Darat Malaysia berasa amat berbangga dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah serta syabas di atas pengurniaan darjah kebesaran tersebut.