Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain dan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Puan Sri Datin Seri Zainuriah binti Hj Mustapha serta seluruh warga Tentera Darat Malaysia menzahirkan rasa dukacita di atas pemergian Allahyarham Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Dr Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid (Bersara) serta menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham.
Allahyarham merupakan mantan Panglima Angkatan Tentera Ke-11 dan mantan Panglima Tentera Darat Ke-12. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.