WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
PORT DICKSON, 21 Mei 2022 – Seramai 2,497 Perajurit Muda berjaya mengharungi latihan asas ketenteraan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), dengan berlangsungnya Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 194/21 dan Wanita Siri 47/21 di Padang Kawad PUSASDA pada hari ini.
 
Perbarisan yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain merupakan perbarisan julung kalinya yang diadakan melibatkan kehadiran ibu bapa dan waris selepas dua tahun dilaksanakan tanpa melibatkan kehadiran penonton ketika negara menghadapi ancaman penularan wabak COVID-19 pada Fasa Pandemik sebelum ini.
 
Pengambilan Perajurit Muda Siri 194/21 ini telah memulakan latihan sejak 26 November 2021 hingga 21 Mei 2022 di PUSASDA telah menjalani latihan asas ketenteraan meliputi aspek pembinaan karakter, pengetahuan am ketenteraan, pengendalian senjata, latihan jasmani dan kemahiran perang. Selain itu, mereka turut diberikan pendedahan di dalam aspek pengukuhan kerohanian dan moral.
 
Perbarisan Tamat Latihan pada siri ini menyaksikan seramai lapan orang Perajurit Muda menerima Anugerah dan Piala Pusingan, sebagai pengiktirafan di atas pencapaian serta kecemerlangan yang dipamerkan di sepanjang latihan ini.
 
Tan Sri PTD dalam ucapannya menyampaikan nasihat dan amanat kepada setiap Perajurit Muda agar nilai-nilai murni yang dipupuk dan disuburkan sepanjang tempoh latihan akan terus dapat dipraktikkan sewaktu melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing di pasukan kelak.
 
Tentera Darat Malaysia (TDM) sentiasa mengalu-alukan penyertaan anak muda Malaysia dalam TDM tanpa mengira bangsa, agama atau suku kaum dan latar belakang taraf pendidikan untuk menabur bakti dalam profession ketenteraan ini.
 
Dengan syarat minima kelayakan SPM, TDM sentiasa membuka peluang pendidikan buat warga TDM yang layak untuk meningkatkan taraf pendidikan mereka semasa lama mereka dalam perkhidmatan.
 
Walaupun, ada sebahagian Perajurit Muda di dalam siri pengambilan ini yang mempunyai taraf pendidikan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda, TDM akan memastikan mereka akan diletakkan di dalam kor yang bersesuaian bagi peningkatan kemahiran dan akademik mereka.
 
Pelaksanaan acara sebegini juga adalah sejajar dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Keutuhan Organisasi”, yang menekankan kepada pembangunan organisasi ini. Ia juga seiring dengan rancangan perkembangan organisasi yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 serta Pelan Pembangunan Strategik Tentera Darat, Army For Next Generation (Army 4NextG) bagi mengukuhkan angkatan Tentera Darat yang lebih kompeten dan dinamik.