Kuantan, 22 Mei 2022 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain telah hadir bagi Majlis Penyampaian Sumbangan dan Mini Raya kepada Mangsa Banjir Fasa Kedua Kawasan Tanggungjawab (KTJ) Briged Keempat Infantri Malaysia (Mekanize) di Kem Batu 10, Kuantan, Pahang hari ini.
Ketibaan Tan Sri PTD telah disambut oleh Panglima 4 Briged (Mekanize), Brigedier Jeneral Dato’ Zahari bin Mohd Ariffin. Turut hadir ke majlis pada hari ini ialah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman dan Ketua Staf Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Hj Subari bin Hj Tomo.
Bantuan ini diberikan kepada anggota tentera yang terjejas akibat banjir yang melanda kawasan Pahang baru-baru ini. Sumbangan yang disalurkan ini adalah sebagai tanda prihatin Tan Sri PTD kepada warga Tentera Darat Malaysia (TDM). Ini juga adalah sebagai penyuntik semangat dan moral anggota yang terlibat untuk kembali bertugas seperti biasa demi kesejahteraan warga yang lebih kukuh dan dinamik.
Pelaksanaan acara sebegini adalah sejajar dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28, “Pelestarian Kesejahteraan Warga”, yang menekankan aspek memperlengkapkan keperluan kebajikan warga TDM dan keluarga mereka.