WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
SUNGAI BESI, 18 Mei 2022 – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain dan isteri, Puan Sri Datin Seri Zainuriah binti Hj Mustapha telah hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Wisma Perwira Tentera Darat bertempat di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Sungai Besi pada hari ini.
 
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan pegawai kanan Tentera Darat Malaysia dari sekitar Lembah Klang. Turut hadir memeriahkan majlis pada petang ini ialah para pegawai kanan dan pegawai-pegawai yang baru selesai dengan Majlis Kenaikan Pangkat dan Serah Terima Tugas Pegawai Kanan yang telah disempurnakan oleh Tan Sri PTD.
 
Dalam acara yang sama, sebagai satu tradisi, Tan Sri PTD telah menyampaikan sumbangan sebagai saguhati kepada para anggota yang bertugas di Wisma Perwira Tentera Darat.
 
Dalam majlis yang penuh kemeriahan ini, pelbagai juadah bertemakan Aidilfitri telah disediakan untuk dinikmati oleh para tetamu yang hadir.
Majlis sebegini adalah selari dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Pelestarian Kesejahteraan Warga”, yang menekankan aspek kebersamaan dengan warganya.