WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
RayaPerbatasan4
SEMPORNA, 3 MEI 2022 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain telah mengadakan lawatan ke kawasan-kawasan operasi di kawasan perbatasan di negeri Sabah dan pos keempat yang dilawati oleh Tan Sri PTD pada hari ini ialah Kem Seri Wangsa.
 
Tan Sri PTD telah menzahirkan lawatan di perbatasan dengan sesi perjumpaan bersama anggota operasi di Markas Taktikal Batalion Kedua Rejimen Sempadan (MK Tak 2 RS), Kem Sri Wangsa. Tan Sri PTD turut menyempurnakan penyampaian beg Bingkisan Hari Raya Aidilfitri kepada anggota-anggota yang sedang bertugas.
 
Walaupun, lebaran Syawal diraikan tanpa keluarga tersayang, mereka terus tetap bersemangat memikul amanah dan tugas demi menjaga kedaulatan negara.
 
Warga Tentera Darat Malaysia (TDM) mengucapkan selamat bertugas kepada para pegawai dan anggota lain-lain pangkat (LLP) yang setia berkhidmat dalam aturgerak operasi TDM dalam melaksanakan penugasan di perbatasan negara.
 
Lawatan sebegini bertujuan agar Tan Sri PTD dapat menyantuni warga TDM secara bersemuka dengan hadir meraikan anggota TDM di kawasan perbatasan. Ia juga secara langsung dapat meningkatkan moral dan semangat juang anggota yang bertugas demi melaksanakan amanah sebagai benteng barisan hadapan negara. Acara ini adalah amat bertepatan dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Pelestarian Kesejahteraan Warga”, yang memfokuskan kepada aspek kebajikan dan peningkatan moral warganya.