WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
RayaPerbatasan2
SANDAKAN, 3 MEI 2022 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain telah mengadakan lawatan ke kawasan-kawasan operasi dan menyempurnakan penyerahan beg Bingkisan Raya kepada anggota yang bertugas di perbatasan bertempat di Kem Pulau Berhala pada hari ini.
 
Aspek keselamatan dan kesiagaan TDM sentiasa diberikan perhatian dan diutamakan oleh warga Tentera Darat Malaysia (TDM) pada sebilang masa dalam melaksanakan tugas utama mempertahankan kedaulatan negara.
 
Untuk makluman, aturgerak semasa operasi TDM pada bulan Syawal tahun ini melibatkan seramai 4,843 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang diaturgerak dan bertugas di sektor-sektor operasi TDM di dalam dan luar negara.
 
Tan Sri PTD telah menzahirkan lawatan di perbatasan dengan sesi perjumpaan bersama anggota yang sedang beroperasi di Markas Taktikal Batalion Pertama Rejimen Sempadan (MK Tak 1 RS), Kem Pulau Berhala. Tan Sri PTD turut menyempurnakan penyampaian beg Bingkisan Hari Raya Aidilfitri kepada pegawai dan anggota LLP yang sedang bertugas.
 
Warga TDM mengucapkan selamat bertugas kepada para pegawai dan anggota LLP yang sedang melaksanakan penugasan di perbatasan negara demi menjaga kedaulatan negara tercinta.
 
Lawatan sebegini adalah seiring dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Pelestarian Kesejahteraan Warga”, yang memfokuskan kepada aspek kebajikan dan peningkatan moral warganya.