WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
 
TAWAU, 2 MEI 2022 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan yang diadakan dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Panglima Tentera Darat bertempat di Kem Kubota, Tawau pada hari ini.
Mendahului senarai adalah Brigedier Jeneral Dato' Ahmad Saifuddin bin Talha, Ketua Pegawai Semboyan yang telah dinaikkan pangkat ke Mejar Jeneral berkuatkuasa pada 29 April 2022 dan kekal menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Semboyan.
 
Manakala, Brigedier Jeneral Mohd Tamam bin Jamioon telah dinaikkan pangkat ke Mejar Jeneral berkuatkuasa pada 7 April 2022 dan menjawat jawatan sebagai Asisten Ketua Staf Logistik Pertahanan Markas Angkatan Tentera Malaysia.
 
Syabas dan tahniah diucapkan kepada pegawai-pegawai kanan Tentera Darat Malaysia yang telah dinaikkan pangkat.
 
Pengurniaan pangkat tersebut selari adalah dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD iaitu “Pelestarian Kesejahteraan Warga”, yang memfokuskan kepada aspek kebajikan warganya.