WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
RayaTawau2
TAWAU, 2 Mei 2022 - Sambutan Hari Raya Aidilfitri disambut meriah dengan kehadiran Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain meluangkan masa bersama-sama warga Tentera Darat Malaysia (TDM) di Sabah pada hari ini. Kehadiran Tan Sri PTD ke Sabah adalah bertujuan untuk bersama-sama warga TDM di Tawau terutama mereka yang sedang melaksanakan operasi di perbatasan negara.
 
Majlis yang diadakan di Batalion Ketujuh Rejimen Askar Melayu Diraja (7 RAMD), Kem Kubota diserikan dengan kehadiran anggota dan keluarga TDM yang berada di sekitar Tawau.
 
Selaras dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu 'Pelestarian Kesejahteraa Warga' yang menekankan kepada aspek pengukuhan kepada kesejahteraan dan kebajikan keluarga TDM.
 
Majlis Sambutan Hari Raya pada hari lebaran kali ini turut dimeriahkan lagi dengan hidangan pelbagai juadah hari raya dan iringan muzikal raya oleh Badan Kesenian Tentera Darat (BKTD).
 
Sejajar dengan tema Hari Tentera Darat Ke-89 pada tahun ini iaitu "Kesejahteraan Keluarga TD Diutamakan, Kedaulatan Negara Terjamin", aspek kesejahteraan dan kebajikan menjadi fokus utama dalam mengekalkan moral dan semangat untuk warga TDM melaksanakan tugasan dengan lebih baik dalam menjaga kedaulatan dan kepentingan negara.
 
Justeru pada majlis ini, Tan Sri PTD turut berkesempatan menyampaikan sumbangan Musaadah Ramadan kepada 17 anggota yang kurang berkemampuan dan 3 penerima bagi anggota saudara baru (mualaf). Sumbangan Aidilfitri juga turut disampaikan kepada pasukan di bawah naungan Briged Ke-13 Infantri Malaysia (13 Briged) yang terdiri daripada pasukan Batalion Ketujuh Rejimen Askar Melayu Diraja (7 RAMD), Batalion Ke-26 Rejimen Askar Melayu Diraja (26 RAMD), Batalion Kelapan Rejimen Sempadan (8 RS) , 13 Workshop Briged (13 Wksp Bgd) dan Rejimen 516 Askar Wataniah (Rej 516 AW).
 
Dalam kemeriahan majlis ini, anak-anak warga TDM diraikan dengan tradisi hari raya iaitu penyampaian duit raya. Tan Sri PTD telah menyampaikan duit raya kepada lebih 50 orang anak-anak warga TDM sekitar Kem Kubota yang hadir.
 
Tan Sri PTD juga berkesempatan mengadakan Sidang Video Khas bersama Panglima-panglima Formasi serta anggota TDM yang sedang beroperasi di dalam dan luar negara seperti MALBATT 850-9 di Lubnan, TPA-16 di Mindanao, Filipina dan kesemua Operasi Teras TDM di seluruh Malaysia.
 
Uniknya, sambutan Hari Raya di Tawau ini adalah apabila Tan Sri dapat meluangkan masa dengan berkunjung ke Perkampungan Hari Raya Aidilfitri di 'Kampung Kubota' disamping beramah mesra bersama anggota TDM yang hadir. Kemeriahan majlis tersebut menutup tirai dengan persembahan bunga api.