WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia

BukaPuasaAgong1

KUALA LUMPUR: Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda (SPB) Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Hj Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bersama KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hjh Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan mencemar duli ke Majlis Berbuka Puasa bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Masjid Khalid Al-Walid pada 25 Apr 2022.

Majlis dihadiri seramai 800 warga ATM dan merupakan yang pertama kali diadakan setelah negara dilanda wabak pandemik COVID-19.

Terdahulu, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut oleh Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM.

Setelah selesai berbuka, Seri Paduka Baginda kemudian menunaikan solat Maghrib berjemaah sebelum berangkat pulang meninggalkan majlis.

Acara kemudian diakhiri dengan penyampaian sumbangan daripada PAT dan isteri kepada golongan asnaf, anak-anak yatim dan pelajar-pelajar Sekolah Tahfiz Anak Yatim (STAY) ATM.

Turut hadir, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez Abd Aziz, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany dan Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman TUDM.

Gambar: Pbt Muhammad Fadzil Akirul (BTDM)

BukaPuasaAgong2

BukaPuasaAgong3