WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
BATU CAVES, 11 April 2022 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain dan isteri, Puan Sri Datin Seri Zainuriah binti Haji Mustapha hadir ke Majlis Berbuka Puasa bersama Warga Pemerintahan Logistik Tentera Darat (PLTD) bertempat di Dewan Dato’ Yaacob, 91 Depot Bekalan Pusat (DBP), Kem Batu Caves pada hari ini.
 
Setelah selesai majlis berbuka puasa, Tan Sri PTD bersama-sama warga PLTD yang hadir telah menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih di Surau Saidina Abu Bakar, yang dipimpin oleh Pegawai Agama Markas Tentera Darat, Kapten Mohd Na'im Hj Ahmad Al-Hafiz.
Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sumbangan kepada penerima daripada kalangan asnaf, anak yatim dan saudara baru muslim yang memeluk Islam.
 
Seramai 10 orang penerima yang terdiri daripada golongan asnaf telah menerima wang tunai berjumlah RM 200.00, manakala 10 orang anak yatim dari Pertubuhan Rahoma Darul Fakir dan 3 orang saudara muslim yang baharu memeluk Islam turut menerima wang tunai berjumlah RM200.00.
 
Sesungguhnya, majlis sebegini adalah seiring dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu "Pelestarian Kesejahteraan Warga" yang turut menekankan kepada pengukuhan kerohanian dan akhlak warga yang seimbang. Manakala, penyerahan sumbangan kepada golongan yang memerlukan, amat bertepatan dengan tonggak yang sama dalam usaha-usaha TD memfokuskan kepada aspek kebajikan warganya.